Selamat Datang Ke Blog Saya.. Harap Anda Semua Menyukainya

TARIKH KERAMAT..

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1
—-
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
—-
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
—-
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
—-
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
—-
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
—-
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
—-
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
—-
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
—-
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Thank 4 reading my entry ^_^

3 PERASAAN YANG BERBEZA KEPADA 3 LELAKI YANG BERBEZA..

Aaaargh..peniing kepala aku aih.. pening-pening-pening-pening........ PENIIING,,. nak tau kenapa aku pening kepala?? nak?? mestila nak tau kan... besa la..korang kan caring pasal aku.. hehehek...!!..
aku dok pening pasal perasaan aku.. memang pening tahap gaban... sebab apa??? sebabnya, sekarang ni aku dok bercinta dengan A***... mestilah kena ada perasaan rindu dengan sayang dekat A*** tu ka.. tapi yang peliknya.. aku hanya cintakan dia je..tapi tak rindu atau sayang dekat dia.. perasaan rindu tu ada dekat kawan aku yang bernama N***** dan perasaan sayang tu ada kat ex-boyfie aku, H****..pelikkan????
memang pelik..pelik bin hairan... tapi sekarang ni perasaan rindu aku dah berubah orang da.. sekarang ada kat kawan aku juga tapi yang bernama F****.. AAAAAAAAAAARRRRGGGHHHH!!!!!!!!!!! ni kalau si A*** tu tau la..mampos aku... 0.0.. boleh mati kalau macam ni..(x.x) dah la si F**** tu kawan dia jugak.. adoiyai...

korang penah rasa macam ni tak?? tiga perasaanyang berbeza kepada tiga orang yang berbeza..ada tak?????
mestila tak dak..kan??

sekarang ni belh hampa tolong aku tak??? kalau boleh tolong bagi aku petua macam mana nak bagi tiga perasaan yang berbeza kepada lelaki yang sama...
Thank 4 reading my entry ^_^

AKU DAN JUNG SO MIN

Ni lagi satu citer..tentang aku jugak...tapi yang bukan citer tentang berat badan aku..tapi kali nie pasai rupa paras..hohoho...
ade ka patut kawan aku cakap yang muka aku dengan pelakon korea yang bernama JUNG SO MIN.. yang dok belakon citer PLAYFULL KISS dengan KIM HYUN JUNG tu.... ade ke patut??? haish pelik la... dalam aku dok nafikan tu..dia dok kata kami dua ni 'KEMBAR'.. haru biru betol la... hello cik nisa.. muka kami mana nak sama la... mata tu mungkinla.. tapi wajah?? langsung tak seiras macam yag hang dok cakap tu la ngok...
aku taw la aku ni cantek, comel tapi tok sah la dok buat persamaan aku dengan pelakon korea tu..kacau hidup betul la.... .. hheheee..<alamak!!! perasannye aku ni...>
makin aku nafikan makin dia mengiyakan..kacau hidup betul la macam ni...

korang nak tengok dak muka aku dengan pelakon korea tu?? mesti korang nak tengok betul ke tak apa yang kawan aku cakapkan tu kan??
nieaku bagi hampa tengok...di persilakan...
yang ni pic. yang aku edit dah..


yang ni pic. yang aku tak dan nk edit..
ni dia JUNG SO MING..
<- aku
     jung so ming ->

ada sama tak??
Thank 4 reading my entry ^_^

BEZA NYA AKU YANG SEKARANG DENGAN YANG DULU.......

Korang tahu tak.. kawan aku cakap yang aku ni makin lama makin chubby atau bahasa saintifiknya maki gemok... betul ke??
yang tu aku pun tak taw..
aku tanya la dia macam mana boleh taw yang aku ni makin lama makin gemok..dia jawab, "Aku buat perbandingan, perbandingan antar pic. ag yang dulu sampai la pic. ag yang sekarang ni"
mak aih...pandai dia buat perbandingan terhadap diri aku ni noh.. sebelum ni mana ada orang yang berani buat perbandingan diri aku.. semuanya takut..takut apa pun aku tak tau... heehheee..<takot la sgt..kononnye> pastu boleh pulak si kawan aku ni sindir aku..dia kata macam ni..--> "Weyh, rahmah, ag nieyh DIET ke x ha???"
ya, memang aku ngaku, memang aku ni tak reti nak ber-DIET..sebab apa?? sebabnye...ntah, aku pun tak tau..apa yang pasti aku memang tak suka ber-DIET..
tapikan, satu je yang aku tau.. dengan ketinggian aku yang macam ni, memang la kena berat pun berat macam berat aku..
mak aku, abang aku dok pesanla, suruh aku turunkan berat badan aku ni.... depa suruh aku EXCERCISE.. mak!!!! adeq tak mau excercise..penat...!!!!
<mesti sekarang ni korang dok kata dalam hati macam ni --->'excercise la bagoih..pecah peluh, bakar lemak..pigiie  lah..' kan kan kan kan??...mesti punya lah..>

tengok macam mana aku dahulu dengan sekarang?? mesti korang nak tengokkan..korang nak buat perbandingan kan..??nieyh aq bagi korang tengok...tapi korang janji dengan aku..jangn cakap aku ni cantik ka, comel ka..jangan sekali-kali...senang cakap jangan puji aku la senang..okeyh???????????
ok..ini dia...
nie masa darjah 6..
ni form 1..awal tahun <skema aar muka aku ni>

form1 gak..tapi pertangahan tahun..
juaga form 1..diakhir tahun..


 so?? macam mana?? ada perbezaan x??
nak tengok yang tahu ni punya.?? korang pie kat FACEBOOK aku..tengok gambaq profile aku..yang tu yang tahun ni punya.. ok..
takat ni je la yang aku sempat tulis pun..mata pun dah mengantuk, aku chow dulu la noh..apa-apa pun..thankz sebab sudi baca entry yang kali punya walaupun mungkin tak berapa nak menarik kan... ok..ASSALAMUALAIKUMM..( tak jawab dose...hehehheh )
Thank 4 reading my entry ^_^

Kerinduan

Sudah hampir 1 minggu dia pergi meninggalkan aku dan Ain. Dia telah berpindah ke SMT Seberang Perai. Betapa rindunya aku kepada dia. Aku rindu untuk melihat mukanya yang comel itu. Aku rindu dengan senyumannya yang menarik itu. Aku rindu untuk mendengar suaranya. Aku rindu segala-galanya tentang dia. Akan tetapi, apakan daya aku, aku tidak dapt berbuat apa-apa untuk menghalang dia berpindah sekolah dari SMK Taman Widuri ke SMT Seberang Perai. Hurmmm... betapa sedihnya aku..

<korang nak tahu siapa yang aku cakapkan sekarang ni???? mesti korang ingat kekasih hati aku kan?? actually, bukanla. Orang yang aku cakapkan adalah kakak angkat aku.. korang nak tahu rupa dia mcam mana? nak tak?? nak? ok..
 

 Ha!! ni la rupa kakak angkat aku.. comel kan??? tapi ada setengah orang cakap, muka kami serupa. Tak tau la betul ka tidak kan??? hehehehehehehehheeeee..^_^

Thank 4 reading my entry ^_^

Putus Cinta Pun Boleh Hidup La..

kenapa eyk... setiap kali budak perempuan putus cinta, mesti ada yang bengkak mat dia esok pagi sebab dok selalu menangis, menangis, menangis dan menangis. Tak boleh ka kalau tak menangis?? ha?? tak boleh ka?????
Haish.. pelik betul la dengan budak perempuan zaman sekarang.... kenapa harus menangisi orang yang belum pasti menjadi milik kita selamanya??? bukankah lebih baik kita menangisi kesalahan yang telahkita lakukan, dosa yang telah kita lakukan??? bukankah lebih baik macam tu?? ni tak, cinta yang tak pasti yang kita tangisikan...
hei, aku pun pernah putus cinta, tapi tak dak la sampai nangis. aku tak kata yang korang tak boleh merasa mencintai dan dicintai oleh manusia yang berjantina jantan/lelaki. tapi kalau tak berpanjangan hubungan tersebut, janganlah kita menangis. kita seharusnya bermotivasi dengan diri kita. bersyukurlah kepada Allah kerana Dia telah menemukan kita dengan orang yang salah, atas beberapa sebab yang munasabah. so, just chill if you break with your boyfie ok...
Thank 4 reading my entry ^_^

Tahun Baru Azam Baru....

Hurmmmm...... Dah masuk dah pun tahun baru <Tahun 2012>  yeehaaaa,,,,, seronok nye dah masuk tahun baru. Tapi, orang kata la kan 'Tahun Baru Azam Baru', tapi aku punya azam yang tahun <2011> belum tercapai lagi. :(  Nie yang tak suka nie. Tapi apa-apapun, aku akan sambung balik azam yang tahun lepas punya. Korang doakan kat aku okeyh. Semoga tercapai azam aku tahun nie. Heheheheee....
But, kisah percintaan aku, hurmmmmm.... tak leh nak kata apa. Aku rasa nak minta putus jelah dengan si dia, tapi macam mana?? Aku still sayangkan dia. Hurmmm.. Kesiankan kat aku, apakan daya. hurmm.. Tapi tak pe la, tak kisah pun. Asalkan azam aku tahun nie akan tercapai. hehahehahehahehaheha..... Korang nak tau apa azam aku tahun nie. Nak tahu? Hehehehheee. Mana boleh bagitau. It a secret. Huhuhuhuhuhuuuuuuu... Biarlah aku seorang je yang tahu. Aku tak sanggup bagitau kat orang lain.
Eh!!! Korang jangan lupa doakan aku ea. Doakan aku supaya azam aku tahun nie tercapai dengan jayanya.
Thank 4 reading my entry ^_^

back to top